Quantcast
Channel: Faizal Fredley » Melaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7

Agrofarmstay Bloggers Family Day di Melaka

$
0
0
1911656_831770066849083_330556109_n
Agrofarmstay Bloggers Family Day di Melaka

Agrofarmstay Bloggers Family Day di Melaka |  Salah satu resort dan Homestay yang bertemakan kampung di Melaka. Ciri ciri yang mengabungkan fun dan farm membuatkan agrofarmstay begitu unik untuk mereka yang sukakan suasana kampung yang tenang dan jauh dari kesibukan kota.

Selain keunikan agrofarmstay yang bercirikan suasana kampung agrofarmstay juga ada menyediakan pelbagai aktviti berteraskan kampung seperti memancing dan juga berkayak. Pelbagai jenis penginapan & kemudahan seperti kolam renang, kolam memancing, surau terapong, dewan makan, dewan riadah & bilik karaoke turut disediakan.

Alhamdulillah sempena cuti hujung minggu kali ini aku dan beberapa blogger lagi berpeluang untuk merasai sendiri peluang untuk merasai berehat di agrofarmstay sambil mengeratkan lagi hubungan sesama blogger terutama dari #KelabBloggerBenAshaari.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Agrofarmstay untuk kerjasama dalam menjayakan Blogger Family Day kali ini.

10711078_10202961426300574_6032986390303985932_n
Agrofarmstay Bloggers Family Day di Melaka

Hari Pertama di Agrofarmstay

Kami bertolak dari kuala lumpur dalam jam 4 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas disepanjang perjalanan. Perjalan yang mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke destinasi.

Kami tiba agrofarmstay dalam jam 6 petang. Selepas check in kami di bawa masuk ke bilik penginapan masing-masing. Perasaan excited dikala mula melangkah ke dalam Villa yang begitu indah sekali.

Villa yang mempunyai 7 buah bilik sangat selesa dan luas. Sesuai untuk family day atau private party.

untuk hari pertama tak banyak kami lakukan. Di waktu malam kami diberi sedikit taklimat dari Che Mat (Orang Kuat Agrofarmstay) tentang Agrofarmstay dan juga sedikit aktiviti untuk hari esok.

Habis taklimat kami disedikan makan malam yang fresh dari ladang disediakan oleh pihak argofarmstay. Serius masakan disini sangat sedap. Aku suka daging kurma. Daging sangat lembut.

Selesai makan malam kami diberi aktiviti bebas…Sempat juga kami bermeeting kejap bersama blogger sebelum masing-masing rebahkan badan di atas timlam yang begitu selesa.

Untuk hari kedua aku akan cuba sambung untuk next entri.

PS: Tetiba aku rasa macam skema pulak entri aku kali ni. Tak tau pulak kenapa. Hehe

1653685_831764133516343_1260028980_n
Agrofarmstay Bloggers Family Day di Melaka

1507819_831763610183062_252009498_n

1234885_831764156849674_1686896291_n

1911782_831767136849376_1404167386_n 1911662_831766533516103_1660935628_n 1794559_831767576849332_1931920860_n 1654021_831766683516088_577171891_n
1017151_831766350182788_1243962427_n

66402_831764763516280_1184478455_n 1661334_831768570182566_1859050506_n 1891155_831764433516313_1093007100_n 1920545_831765160182907_346916227_n 1962853_831767880182635_1694183065_n

14 total views, 14 views today

The post Agrofarmstay Bloggers Family Day di Melaka appeared first on Faizal Fredley.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7

Latest Images

Trending Articles





Latest Images